Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2026)

Biasiswa yang ditunggu-tunggu oleh ramai pelajar, iaitu Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bagi tahun 2026.

BTAR adalah biasiswa yanfg berada di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman dan ianya memfokuskan kepada pelajar yang ada pontensi tinggi untuk sambung belajar di Universiti Awam (IPTA) atau IPTS.

Mereka yang terpilih menerima biasiswa ini akan dikenali sebagai Tunku Scholars.

Tarikh Penting Permohonan BTAR 2026

Pastikan anda cakna dan tahu mengenai tarikh-tarikh berikut:

  • Permohonan dibuka: 8 Februari 2026
  • Permohonan ditutup : 8 April 2026 pukul 2:00 petang.

Ini bermaksud tempoh 2 bulan diberikan kepada yang berminat dan layak untuk membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.

Jumlah Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Biasiswa ini menyediakan dan membayar penuh yuran pengajian di Universiti.

Penerima juga akan mendapat elaun bulanan dan tahunan.

Selain itu, peruntukan khas seperti pembelian laptop dan tiker penerbangan juga disediakan.

Syarat Kelayakan BTAR 2026

Berikut adalah syarat kelayakan memohon:

  • Terbuka kepada lepasan pra-universiti yang akan mulakan pengajian ijazah sarjana muda selewatnya pada Mac 2027.
  • Terbuka juga kepada calon yang sedang mengikut pengajian ijazah sarjana muda,dan perlulah mempunyai baki semester paling kurang sebanyak 2 semester.
  • Golongan OKU dan B40 antara yang digalakkan untuk memohon.
borang permohonan BTAR 2026.

Cara Permohonan BTAR 2026

Berikut adalah cara membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026:

  1. Layari laman rasmi permohonan BTAR di https://tfaforms.com/5208716
  2. Baca secara terperinci syarat dan kelayakan khusus serta prosedur permohonan sebelum membuat permohonan.
  3. Selesai mengisi borang, bolehlah klik hantar.
  4. Pemohon yang tersenarai pendek akan dipanggil untuk menduduki temuduga.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

Artikel lain: Permohonan Biasiswa SEED.

Leave a Comment