Permohonan Matrikulasi Fasa 2 (Sesi 2026 / 2027)

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2025, permohonan kemasukan ke Matrikulasi fasa 2 kini dibuka secara online.

Permohonan ini bagi sesi kemasukan sesi tahun 2026 / 2027. Ianya dibuka untuk permohonan baru dan juga untuk kemaskini permohonan sedia ada.

Permohonan Matrikulasi fasa 2 ini dibuka mulai 31 Mac 2026 hingga 4 April 2026 pada pukul 5 petang.

Ini adalah peluang kedua diberikan kepada pelajar yang tidak berkesempatan ataupun terlepas tarikh membuat permohona ke Matrikulasi KPM.

Cara Permohonan Matrikulasi Fasa 2

Ikut langkah berikut untuk membuat permohonan Matrikulasi Fasa 2

  1. Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my
  2. Ataupun boleh terus klik pautan log masuk / daftar di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan
  3. Daftar akaun baru bagi permohonan baru, ataupun terus log masuk buat mereka yang hendak kemaskini permohonan.

Tarikh tutup permohonan: 4 April 2026, hari Sabtu ,pada pukul 5 petang

permohonan matrikulasi 2026

Kami mengucapkan selamat membuat permohonan, semoga anda berjaya untuk masuk dan menyambung pelajaran ke Matrikulasi KPM.

Artikel lain:

Leave a Comment