Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz 2026 (SMKA / SABK)

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2025 yang berminat menyambung pelajaran ke aliran tahfiz. Kini permohonan tingkatan 6 Tahfiz SMKA / SABK dibuka secara online.

Permohonan ini akan menempatkan calon yang berjaya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Pembelajaran tahfiz tingkatan 6 ini meliputi 3 semester dan ianya menggabungkan perkara seperti hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat.

Tarikh Penting Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz

  • Permohonan dibuka: 1 April hingga 8 April 2026
  • Semakan panggilan temuduga: 13 April – 15 April 2026
  • Sesi temuduga: 20 April -22 April 2026
  • Semakan keputusan: 15 Mei 2026
  • Rayuan : 15 Mei – 22 Mei 2026

Syarat Am Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 – 21 tahun pada 1 Januari 2026.
  • Lulus peperiksaan SPM.

Syarat khusus hafazan dan Akademik

  • Bahasa Arab : Sekurang-kurangnya C
  • Pendidikan Islam / Tahfiz atau subjek-subjek agama lain: Sekurang-kurangnya C
  • Syarat hafazan : Telah Menghafaz sekurang-kurangnya 7 Juzuk al-Quran

Cara Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz SMKA / SABK

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web https://sst6.moe.gov.my ataupun terus ke laman permohonan SMKA / SABK di https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/erayuan/calon_smka.cfm

Rayuan

Jika anda tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus dengan menghantar surat rayuan ke email kazman@moe.gov.my

Artikel lain:

Leave a Comment