Permohonan Program Separuh Masa Diploma / Sarjana Muda 2026 (iCepS UiTM)

Berita baik buat anda yang ingin menyambung belajar secara separuh masa, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM membuka permohonan separuh masa Diploma dan Sarjana Muda.

Ini adalah bagi sesi Mac 2026. Golongan yang disasarkan untuk program ini ialah mereka yang telah bekerja dan ingin menambah kelayakan akademik.

Kelebihan iCEPS UiTM

  • Boleh teruskan pengajian tanpa perlu berhenti kerja.
  • Jadual mesra pekerja
  • Dapat membantu dalam mendapatkan peluang kenaikan pangkat atau mendapat bidang kerjaya yang lebih luas.

Cara Permohonan Program Separuh Masa Diploma dan Sarjana Muda UiTM

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web app.iceps.uitm.edu.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2026.

Jika terdapat sebarang persoalan, boleh hubungi: pengambilaniceps@uitm.edu.my.

Artikel berkaitan: Permohonan Plus Tahfiz UiTM Secara Onlinel

Leave a Comment