Permohonan Kemasukan Prasekolah JAIS 2027

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini membuka permohonan kemasukan ke Prasekolah JAIS 2027 secara online.

Kanak-kanak yang memenuhi syarat kelayakan permohonan dialu-alukan untuk membuat permohonan ini secara online.

Permohonan dibuka mulai 1 April 2026 hingga 30 Jun 2026.

Syarat Permohonan Prasekolah JAIS 2027

Berikut adalah syarat permohonan kemasukan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lahir pada tarikh berikut:
    • 2 Jan 2023 – 31 Dec 2023 ( 4 tahun)
    • 2 Jan 2023 – 1 Jan 2023 ( 5 tahun)
    • 2 Jan 2021 – 1 Jan 2022 (6 tahun)

Cara Permohonan Kemasukan Prasekolah JAIS 2027

Berikut adalah cara permohonan secara online:

  1. Layari laman web https://sekolah.jais.gov.my
  2. Boleh terus log masuk untuk membuat permohonan.
  3. Jika ini pertama kali, anda perlu mendaftar terlebih dahulu pada pautan https://sekolah.jais.gov.my/register
  4. Isikan maklumat seperti nama, no mykad, emel dan kata laluan anda.
  5. Selepas berjaya sahkan email, anda boleh terus login untuk membuat permohonan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan dan cetak.
  7. Borang yang lengkap bolehlah dihantar terus ke pejabat sekolah mana yang anda pohon untuk anak anda.
  8. Hantar borang apda waktu pejabat, paling lewat 7 Julai 2026.
praskeolah JAIS 2027

Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi Jabatan Agama Islam Selangor di media sosial.

Artikel berkaitan:

Leave a Comment