Berita baik kepada mereka yang ada membuat permohonan Guru Contract of Service 2026 baru-baru ini, kini anda boleh mula membuat semakan keputusan panggilan temuduga.
Keputusan ini adalah bagi calon yang berjaya dan lulus dalam Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang dilaksanakan pada sekitar awal bulan April 2026 dan seterusnya mengikuti temuduga.
Semakan keputusan temuduga ini boleh mula disemak pada 30 Jun 2026 bersamaan hari selasa.
Keputusan ini akan menentukan sama ada anda adalah calon jaya dan dipanggil untuk menjadi seorang guru CoS.
Cara Semakan Keputusan Temu Duga Guru CoS 2026
Semakan keputusan temuduga ini boleh dibuat dengan cara berikut bermula 30 Jun 2026 pukul 2 petang.
- Layari laman web https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/
- login menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan anda.
- Login ke dalam sistem yang disediakan dan buat semakan keputusan anda.
- Calon yang berjaya akan diberikan panduan apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Untuk maklumat tambahan, keputusan berjaya mendapat Guru CoS ini pula akan diumumkan pada 30 Jun 2026. Manakala sesi temuduga berjalan bermula 27 April 2026 hingga 22 Mei 2026.
Kami mengucapkan selamat maju jaya. Semoga anda berjaya mendapat jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 ini.