Berita baik kepada mereka yang telah membuat permohonan Guru Contract of Service 2026 baru-baru ini, kini anda boleh membuat semakan keputusan calon berjaya melalui portal rasmi myPDPP KPM.
Keputusan ini adalah bagi calon yang berjaya lulus dalam Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) dan seterusnya mengikuti sesi temuduga yang telah dijalankan bermula 27 April 2026 hingga 22 Mei 2026. Pada artikel kali ini, kami kongsikan cara semakan keputusan calon berjaya bagi kedua-dua laluan PDPP dan Guru CoS 2026.
Pengumuman sebelum ini menyatakan bahawa keputusan boleh mula disemak mulai 30 Jun 2026.
Cara Semakan Keputusan Calon Berjaya PDPP 2026
Semakan keputusan calon berjaya bagi calon PDPP tajaan KPM boleh dibuat dengan cara berikut:
- Layari portal rasmi myPDPP di https://mypdpp.moe.gov.my/pd/
- Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang digunakan semasa permohonan.
- Log masuk ke dalam sistem dan buat semakan keputusan anda.
- Calon yang berjaya akan diberikan panduan mengenai langkah seterusnya yang perlu dilakukan.
Nota: Tarikh rasmi keputusan calon berjaya PDPP 2026 masih belum diumumkan. Calon dinasihatkan untuk membuat semakan secara berkala melalui portal myPDPP.
Cara Semakan Keputusan Calon Berjaya Guru CoS 2026
Semakan keputusan calon berjaya bagi calon Guru CoS pula boleh dibuat dengan cara berikut:
- Layari portal rasmi myPDPP di https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/
- Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang digunakan semasa permohonan.
- Log masuk ke dalam sistem dan buat semakan keputusan anda.
- Calon yang berjaya akan diberikan panduan mengenai langkah seterusnya yang perlu dilakukan.
Pengumuman Terkini Dari IPGM
Berikut adalah notis terkini dari Institut Pendidikan Guru Malaysia:

Makna Status Keputusan
Berikut adalah makna bagi setiap status keputusan yang akan dipaparkan dalam portal myPDPP:
- Berjaya — Calon diterima dan akan menerima tawaran rasmi. Tawaran perlu diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
- Tidak Berjaya — Calon tidak berjaya bagi pengambilan kali ini.
- Dalam Proses — Keputusan masih dalam peringkat pemprosesan. Semak semula pada tarikh kemudian.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon. Semoga anda berjaya mendapat jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 ini.
Artikel lain: