Jumlah Yuran Kemasukan Politeknik Terkini 2026

Adakah anda sedang mencari info mengenai yuran kemasukan ke Politeknik? Di sini kami kongsikan berkenaan berapakah kos yang diperlukan sekiranya anda menyambung pelajaran di Politeknik.

Jumlah Yuran Politeknik Terkini 2026

Secara ringkasnya antara yuran yang wajib dibayar sekiranya anda masuk ke Politeknik adalah seperti berikut:

  • Yuran Pengajian: RM200 (Setiap semester)
  • Yuran Asrama: RM60 (Setiap semester, jika tinggal di asrama)
  • Yuran Pelbagai : RM300 (Semester pertama sahaja)
  • Yuran Sukan : RM25.

Maka, jika anda baru pertama kali masuk ke politeknik, jumlah sekitar RM550 – RM600 perlu anda sediakan.

Sedikit makluman bagi pelajar baru,

  • Selesaikan yuran sebelum tarikh mendaftar dalam surat tawaran.
  • Buat transaksi berasingan bagi setiap jenis yuran, jangan sekalikan dalam 1 resit.
  • Cetak setiap slip transaksi pembayaran sebagai bukti.

Cara Bayar Yuran Politeknik

Cara untuk pembayaran pula, ianya boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu:

  • JomPay: Gunakan Biller code ramsi Politeknik untuk membuat pembayaran.
  • Bayaran guna Mesin ATM atau CDM Bank Islam. Pilih Yuran IPT.
  • Portal pembayaran online rasmi dari Politeknik. Terdapat beberapa Politeknik di Malaysia yang mempunyai sistem sendiri untuk memudahkan pelajar membuat pembayaran online.

Artikel lain: