Tahniah diucapkan kepada mereka yang dipanggil untuk menduduki temuduga Guru CoS 2026. Semestinya anda perlu membuat persediaan sebelum menghadiri temuduga yang bakal menjelma.
Pada artikel kali ini, kami kongsikan beberapa tips penting yang perlu anda tahu sebelum hadir temuduga guru Contract of Service ini, dan ini dapat mencerahkan peluang anda untuk lulus temuduga ini.
Tips Temuduga Guru CoS 2026
Berikut beberapa tips yang perlu anda ikut:
Persedian Fail
- Pastikan sususan fail anda sistematik dan mengikut urutan kad pengenalan -> sijil lahir -> SPM->Ijazah-Transkrip -> Sijil pencapian.
- Sediakan sekurang-kurangnya 2atau 3 fotostat bagi setiap dokumen anda.
- Sediakan resume ringkas, tunjukkan kekuatan anda dalam bidak pendidikan di dalam resume tersebut.
Persedian Penampilan
- Berpakaian formal
- Lelaki: Baju kemeja lengan panjang, tali leher, kasut kulut warna hitan.
- Wanita: Baju kurung sopan , tidak terlalu warna terang dan garang.
- Masuk dengan senyuman dan beri salam, anda hanya duduk apabila dipersila.
Persediaan kandungan
- Buat pembacaan dan pemahaman mengenai Dokumen Standar Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi subjek anda.
- Cakna dasar-dasar KPM seperti TVET, STEM, Pendidikan Digitsl dan kurkulum persekolahan 2027.
- Bersedia untuk menerima soalan KBAT.
Demonstrasi Mengajar (Mock-teaching)
- Mulakan akktiviti simulasi yang menarik perhatian pelajar.
- Mempunyai objektif jelas
- Guna teknologi terkini seperti canva, Quizz, dan AI.
- Tunjukkan bahawa anda dapat kendalikan kelas dengan baik.
Teknik Menjawab
- Yakin dengan jawapan anda dengan suara jelas.
- Jika tidak tahu akui, dan berjanji akan buat carian/ pembacaan mengenai topik tersebut.
- Tunjuk semangat patriotismes.
Soalan popular interview Guru CoS
- Kenapa mohon guur sedangkan budak graduan pendidikan?
- Bagaimana uruskan beban kerja pentabidran selain mengajar.
- Apa sumbangan boleh anda berik kepada sekolah selain dalam kelas?
Kesimpulannya, anda perlu membuat persediaan, jangan datang dengan tangan kosong. Persediaan akan membuatkan anda lebih yakin dan dapat menjawab soalan luar dari apa yang anda baca.