Separa Perubatan 2026: Permohonan, Syarat (Lepasan SPM)

Terdapat satu aliran perjalanan pelajar lepasan SPM yang jarang dan tidak ramai pilih iaitu, separa perubatan. Untuk makluman, separa perubatan ini adalah pengajian bertaraf diploma yang akan diberi kepada mereka yang layak dari segi akademik dan juga lulus temuduga.

Bidan separa perubatan menjanjikan peluang kerja yang stabil dan peluang untuk terus bekerja dalam bidak sektor kesihatan awam.

Pada artikel kali ini kami kongsikan cara untuk anda memilih laluan kerjaya separa perubatan ini.

Syarat Umum Kelayakan

Untuk membuat permohonan separa perubatan, anda perlulah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumut 17 hingga 25 tahun.
  • Lulus SPM kepujian BM dan Sains/Sains tulen dan lulus BI.
  • Sihat tubuh badan.

Senarai Latihan / Kursus Separa Perubatan

Ini adalah senarai kursus separa perubatan yang boleh anda mohon:

  1. Latihan Jururawat
  2. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  3. Latihan Juru-X-Ray
  4. Latihan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi/Cara Kerja)
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Cara Untuk Mohon Separa Perubatan 2026

Permohonan separa perubatan dibuat sepenuhnya pada portal pencarian kerja sektor awam iaitu SPA9. Berikut adalah langkah-langkah:

  1. Daftar akaun di SPA9 melalui pautan: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Anda boleh terus login dan isi borang jika mempunyai MyDigital ID.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Pilih Separa Perubatan
  5. Pilih kursus yang diingini.

Proses Pemilihan

Selepas membuat permohonan, sekiranya layak anda akan dipanggil mengikut ujian psikometrik, kemudian melalui temuduga dan juga pemeriksaan kesihatan.

Tarikh Pengambilan Separa Perubatan 2026

Tarikh pengambilan separa perubatan adalah:

  • Sesi April
  • Sesi Oktober

Sesi permohonan dibuka lebih awal dari tarikh pengambilan. Anda kena sellau cakna dan melayari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan info terkini.

Artikel lain: