Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) Kemasukan 2026 / 2027

Perhatian kepada pelajar yang mempunyai kelulusan SPM, pihak MARA kini membuka permohonan untuk menyambung pelajaran di Kolej Profesional MARA tahun 2026/2027.

Program ini adakah dikhaskan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya.

Program ini mempunyai pelbagai jenis Diploma yang boleh diikuti.

Syarat Am KPM

Berikut adalah syarat am permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bumiputera.
  3. Berumur 18 hingga 35 tahun.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan dan tidak disenarai hitam MARA.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan:

  1. Layari laman web https://apponline.mara.gov.my/spupim_1/
  2. Log masuk ke dengan memasukan kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Jika anda baru pertama kali membuat permohonan, bolehlah daftar dahulu dengan klik pautan: https://apponline.mara.gov.my/spupim_1/_firstTimeLogin.aspx
kpm mara

Tarikh Penting Permohonan

Bagi sesi 2026 ini, permohonan kemasukan ke KPM mula dibuka pada 1 April 2026 hingga tarikh tutup pada 30 April 2026 pukul 5:00 petang.

Senarai Diploma Yang Ditawarkan dalam KPM

Berikut adalah Diploma yang boleh anda ikuti dan daftar membuat permohonan di KPM:

  • Diploma in Accounting (DIA)
  • Diploma in Business Studies (DBS)
  • Diploma in Business Information Technology (DBIT)
  • Diploma in Computer Science (DCS)
  • Diploma in International Business (DIB)
  • Diploma in Halal Industry (DHI)
  • Intensive English Programme (IEP)

Buat pilihan yang tepat dan semoga permohonan anda diterima.

Artikel berkaitan:

Leave a Comment