MUET on Demand 2026: Cara Daftar, Yuran dan Tarikh

Seseorang yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Universiti memerlukan keputusan MUET untuk layak. Disebabkan itu, para pelajar wajib mengambil ujian MUET sama ada sebelum masuk universiti ataupun semasa berada di Universiti.

Namun, ujian MUET cuma dibuat beberapa kali setahun, disebabkan itu, pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memperkenalkan ujian MUET On Demand. Dimana, peperiksaan MUET dilaksanakan secara online dan jadual lebih fleksibel.

Anda sesuai mengambil MOD jika anda memerlukan keputusan MUET dengan cepat.

Cara Daftar Muet On Demand 2026

Berikut adalah cara untuk mendaftar Muet On Demand:

  1. Layari portal rasmi MPM di https://www.mpm.edu.my/
  2. Pergi ke bahagian pendaftaran MUET.
  3. Pilih MUET On Demand.
  4. Pilih tarikh yang masih dibuka pendaftarannya.
  5. Isi maklumat anda.
  6. Buat pembayaran secara online.
  7. Semak dan cetak slip anda, untuk melihat bila tarikh peperiksaan MOD anda diadakan.

Yuran Muet On Demand

Berikut adalah Yuran MOD:

  • Warganegara: RM250
  • Bukan Warganegara/ Passport: RM550

Format Ujian MUET On Demand 2026

Sama sahaja seperti ujian MUET biasa, MOD dibahagikan kepada komponen:

  • Listening
  • Speaking
  • Reading
  • Writing

Beza Muet Biasa dan MUet On Demand

Apa beza MOD dan ujian MUET biasa?

PerkaraMUET BiasaMUET on Demand
JadualMengikut sesi utama tahunanMengikut tarikh khas MoD
YuranLebih rendahLebih tinggi
KesesuaianCalon yang boleh tunggu sesi biasaCalon yang perlukan tarikh lebih cepat
PendaftaranOnline melalui sistem MPMOnline melalui sistem MoD MPM
KekosonganMengikut sesiBergantung kepada tarikh dan tempat
FormatMengikut ketetapan MPMBiasanya CBT, tertakluk kepada ketetapan MPM

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga anda mendapat keputusan cemerlang dalam ujian MUET On Demand 2026.

Artikel lain: