5 Doa Boleh Dibaca Sebelum Belajar (Arab dan Rumi)

Bagi seorang pelajar muslim, adalah disarankan untuk membaca doa dahulu sebelum memulakan pelajaran. Tidak kisahlah ketika belajar di sekolah mahupun ulangkaji pelajaran di rumah.

Berdoa sebelum belajar dapat menerangkan hati agar mudah menerima ilmu yang dipelajari.

Pada artikel kali ini, kami kongsikan beberapa senarai doa yang boleh dibaca sebelum belajar.

Doa Sebelum Belajar

Berikut adalah senarai doa yang boleh anda amalkan sebagai seorang pelajar ketika hendak memulakan sesi ulangkaji pelajaran ataupun belajar di sekolah.

1. Doa Memohon Ilmu yang Bermanfaat

اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا

Allahumma infa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilma.

Maksud:
“Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan ilmu yang Engkau ajarkan kepadaku, ajarkanlah kepadaku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmuku.”


2. Doa Nabi Musa AS

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ۝ وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ۝ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي ۝ يَفْقَهُوا قَوْلِي

Rabbi ishrah li sadri, wa yassir li amri, wahlul ‘uqdatan min lisani, yafqahu qawli.

Maksud:
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka memahami perkataanku.”


3. Doa Memohon Kefahaman

اللَّهُمَّ فَقِّهْنِي فِي الدِّينِ وَعَلِّمْنِي التَّأْوِيلَ

Allahumma faqqihni fid-din wa ‘allimnit-ta’wil.

Maksud:
“Ya Allah, berikanlah aku kefahaman dalam agama dan ajarkanlah kepadaku tafsiran yang benar.”

doa belajar

4. Doa Menambah Ilmu

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

Rabbi zidni ‘ilma.

Maksud:
“Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.”

(Surah Taha: 114)


5. Doa Pembuka Hati dan Minda

اللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Allahummaftah ‘alaina hikmataka wanshur ‘alaina min khaza’ini rahmatika ya arhamar rahimin.

Maksud:
“Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmah-Mu dan limpahkanlah kepada kami khazanah rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”

doa belajar

Amalan Ringkas Sebelum Belajar (30 Saat

  1. Baca Bismillah
  2. Baca Selawat 3 kali
  3. Baca:

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

  1. Baca:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ۝ وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي

  1. Mulakan belajar dengan niat kerana Allah.

Ini antara gabungan yang paling ringkas, mudah dihafal dan sering diamalkan oleh pelajar, guru serta penuntut ilmu.

Semoga senarai doa-doa ini dapat anda gunakan untuk membantu anda dalam mentelaah ilmu-ilmu yang dipelajari, seterusnya dapat menerangkan hati, menenangkan jiwa untuk menerika ilmu yang dipelajari.