Tak ramai yang tahu bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai saluran sendiri untuk memohon kemasukan ke USM.
Dalam erti kata lain, USM menyediakan kemudahan direct intake bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran di USM.
Kemasukan direct intake di USM ini juga dikenali sebagai saluran alternatif ataupun USM+1.
Permohonan melalui direct intake ini juga adalah satu saluran alternatif bagi mereka yang mempunyai keputusan akademik cemerlang akan tetapi tidak mendapat tawaran melalui UPU Online.
Namun, melalui permohonan direct intake ini, yuran perlu dibayae tanpa subsidi (tidak seperti melalui UPU yang mempunyai subsidi).
Kategori Permohonan USM Direct Intake
- Untuk lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi , A-Level, Diploma dan setaraf.
- Khusus untuk calon warga sukan, warga budaya dan warga emas.
Cara Membuat Permohonan USM Direct Intake
Permohonan dibuat melalui sistem khas USM, sebelum membuat permohonan, anda perlu mempunyai nombor rujukan USM.
- Nombor rujukan USM ini boleh diperolehi melalui portal ePayment USM di https://epayment.usm.my
- Bayaran dikenakan sebanyak RM60.
- Setelah selesai, bolehlah terus membuat permohonan di pautan https://pohon.usm.my dan teruskan pendaftaran menggunakan emel anda.
- Pilih kategori alternatif atau USM+1.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan direct intake USM, boleh hubungi:
- 1300 888 876 / 04-653 3196
- Emel: admission@usm.my
- Laman web: pohon.usm.my
Selamat maju jaya.
Artikel berkaitan: Permohonan Rancangan Pengajian Jarak Jauh USM