Pihak UiTM telah mengeluarkan memo bagi perkara mengenai permohonan kolej kediaman UiTM bagi sesi Mac 2026 hingga Ogos 2026, berserta permohonan rayuan.
Permohonan ini boleh dibuat oleh pelajar pra-diploma, diploma dan Ijazah Sarajana Muda bagi semua kampus UiTM di seluruh Malaysia.
Info Permohonan Rayuan Kolej Kediaman UiTM
Permohonan rayuan boleh mula dibuat pada 24 februari 2026 dan tarikh tutup pada 9 Mac 2026 pukul 12 tengah hari.
Keputusan rayuan boleh mula disemak pada 17 Mac 2026.
Rayuan boleh dibuat dengan melayari laman web istudent.uitm.edu.my
Manakala, pendaftaran pelajar ke kolej pula adalah pada 28 Mac 2026 hingga 29 Mac 2026.
Selamat maju jaya, semoga rayuan anda untuk tinggal di dalam kolej kediaman diterima
Artikel berkaitan: Permohonan Program Plus Tahfiz UiTM