Kementerian Pendidikan Malaysia kini membuka peluang bagi mereka yang layak untuk mengikut Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi).
Untuk pengetahuan, program ini berada di bawah Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi menjadikan seorang guru mempunyai Master’s Degree (peringkata Sarjana).
Mod pengajian bagi program ini adalah sepenuh masa dan ianya merangkumi 2 tahun tempoh pengajian.
Tarikh Penting PISP 2026
Bagi yang berminat, ambil cakna mengenai tarikh-tarikh berikut:
- Permohonan dibuka: 5 April 2026
- Permohonan ditutup: 30 April 2026
- Semakan keputusan berjaya: 17 Julai 2026.
- Pendaftaran calon di kampus: 15 Ogos 2026
- Permulaan pengajian: 16 Ogos 2026.
Syarat Kelayakan Permohonan PISP 2026
Anda layak membuat permohonan jika memenuhi kriteria seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Merupakan seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
- Disahkan perkhidmatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Markah PBPP 85% ke atas.
- Bebas dari kegiatan dan kes jenayah.
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Artikel berkaitan: Permohonan Guru CoS 2026.
Mereka yang tidak layak memohon
Berikut adalah golongan yang tidak layak untuk memohon PISP 2026.
- Tidak mempunyai ijazah sarjana muda.
- PPP Sedang mengikuti pengajian PISP.
- Sedang dikenakan tindakan tatatertib.
- Mempunyai kesalahan jenayah.
Cara Permohonan PISP 2026
Permohonan boleh dibuat dengan:
- Layari laman web https://mypdpp.moe.gov.my/pisp
- Permohonan dibuat secara online.
- Isi maklumat yang diminta seperti maklumat peribadi dan maklumat akademik.
- Muat naik fail jika ada.

Pertanyaan lanjut
Jika mempunyai pertanyaan lanjut mengenai program Ijazah Sarjana Perguruan ini, boleh hubungi:
- Talian pejabat: 03-83126754
Kami mengucapkan selamat membuat permohonan PISP 2026.
Artikel lain: