SPeCTRUM UM: Cara Login dan Panduan Pengguna

Pihak Universiti Malaya memperkenalkan SPeCTRUM sebagai satu platform e-pembelajaran (eLearning) buat mahasiswa dan tenaga pengajar di UM.

Portal Spectrum membolehkah pelajar terus memuat turun nota kuliah serta menghantar tugasan , menjawab kuiz secara online ataupun menduduki peperiksaan secara online.

Cara Login SPeCTRUM UM

Untuk login ke dalam sistem SPeCTRUM,

  1. bolehlah layari laman web rasmi di : https://spectrum.um.edu.my
  2. Masukkan ID menggunakan email rasmi Universiti .
  3. Masukkan kata laluan.
  4. Klik log masuk.

Masalah Lazim SpecTRUM

Antara masalah lazim sering berlaku berkaitan portal specturm adalah:

  • Subjek tidak muncul: Pastikan anda telah membuat pengesahan melalui sistem MAYA.

Aduan teknikal mengenai sistem ini boleh dibuat terus melalui sistem Helpdesk.

Leave a Comment