UPUOnline adalah sistem yang disediakan UPU untuk permohonan ke IPTA seperti Universiti Awam Politeknik, Kolej Komuniti ILKA. Melalui sistem ini juga, calon boleh membuat semakan keputusan tawaran UPU Online.
Pada artikel kali ini kami kongsikan cara semakan keputusan UPU 2026 melalui sistem UPUOnline.
Untuk membuat semakan, calon boleh login ke portal rasmi UPUOnline melalui pautan https://upu.mohe.gov.my atau https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login. Pastikan anda hanya menggunakan pautan rasmi bagi mengelakkan kekeliruan atau risiko laman tidak sahih.
Untuk makluman, keputusan UPU 2026 lepasan SPM boleh disemak mulai 22 Mei 2026, jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mei 2026, jam 5.00 petang. Calon dinasihatkan supaya tidak menunggu saat akhir kerana portal mungkin mengalami kesesakan, terutama pada hari pertama keputusan diumumkan.
Cara Login UPUOnline Untuk Semak Keputusan
Berikut langkah ringkas untuk membuat semakan keputusan UPU 2026:
- Layari portal rasmi UPUOnline https://upu.mohe.gov.my/
- Klik pautan semakan keputusan UPU 2026.
- Pilih kategori calon yang betul, contohnya lepasan SPM.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan maklumat login yang diperlukan.
- Semak status keputusan yang dipaparkan.
- Simpan atau screenshot keputusan untuk rujukan.
Jika berjaya mendapat tawaran, calon perlu membaca maklumat tawaran dengan teliti. Semak nama program, nama institusi, kampus pengajian dan arahan lanjut yang diberikan.
Apa Perlu Buat Selepas Berjaya?
Calon yang berjaya mendapat tawaran perlu membuat setuju terima tawaran UPU 2026 dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu mulai 23 Mei hingga 31 Mei 2026. Pengesahan setuju terima biasanya dibuat melalui laman web rasmi institusi yang menawarkan tempat kepada calon.
Selepas itu, calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi, menyemak panduan pendaftaran pelajar baharu dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
Rayuan UPU 2026
Bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran, permohonan rayuan UPU 2026 boleh dibuat melalui UPUOnline mulai 22 Mei hingga 31 Mei 2026. Rayuan juga terbuka kepada calon yang hanya menerima tawaran pengajian peringkat sijil.
Semoga anda berjaya mendapat tempat untuk menyambung pelajaran di peringkat IPTA.