Berita baik buat pelajar IPT berstatus Bumiputra yang berasal dari Sabah. Kerajaan Sabah kini membuka permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2026.
Kerajaan Sabah akan membekalkan sebuah komputer secara percuma buat pelajar IPT bumiputra berasal dari Sabah.
Permohonan ini dibuka mulai 1 April 2026 sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan kelak.
Syarat Kelayakan BAIK Sabah
Berikut adalah syarat permohonan:
- Pelajar IPT
- Berasal dari Sabah
- Berstatus Bumiputra
- Berasal dari keluarga golongan B40 atau eKasih.
Cara Permohonan Bantuan Ihsan Komputer Sabah 2026
Permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:
- Layari laman web https://baik.sabah.gov.my/
- Klik butang permohonan.
- Isi borang dengan mengisi nama penuh, nombor kad pengenalan dan email.
- Pastikan email anda aktif dan boleh diakses.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini , boleh hubungi:
- Telefon: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890
- Puan Jurianah, Cik Sheilla, Cik Wasillah, Puan Nur Fazillah, Puan Noor Hayati.
Artikel lain: